Monday, October 27, 2008

Jatuh Cinta Lagi???

Telah diketahui umum bahawa " Persahabatan boleh berakhir dengan percintaan tetapi percintaan jarang sekali akan berakhir dengan persahabatan" tetapi ada jugak persahabatan tetap akan berakhir dengan persahabatan dan percintaan akan berakhir dengan persahabatan, ia bergantung juga pada setiap individu masing-masing samada mahu teruskan sesuatu perhubungan mahupun memutuskannya..
Tetapi tidak ramai pasangan yang sanggup mengakhiri percintaan yang dikongsi bersama dengan persahabatan, jika hati tidak suka dan benci menguasai diri, tiada lagi istilah kawan mahupun meneruskan tali persahabatan, ini kerana mereka mengangap apa yang putus tetap akan putus , tiada lagi perhubungan antara mereka..

Benar juga kata kawanku, dia mengatakan bahawa, tali persahabatan antara lelaki dengan perempuan mahupun sama jenis akan kekal selamanya,tiada kata tamat atau putus dalam persahabatan, "no ends in friendship" .. tetapi dalam percintaan bila sudah berpisah akan putus buat selama-lamanya.. "break off in love will be forever".. persahabatan kekal selamanya tetapi percintaan bersifat sementara, itu adalah pendapat beliau.. kadang-kadang ia adalah berlainan bagi sesetengah pendapat dan pemikiran, bergantung pada individu masing-masing untuk menilaikannya..


Bagi aku ia adalah satu fakta yang boleh diguna pakai, dan ada kebenarannya.. Aku sendiri mengakui aku terperangkap dengan perasaan cinta pada sahabat sendiri yang mula aku rapat sejak setahun yang lalu, pada mulanya aku cuma menganggap nya sebagai seorang sahabat yang amat dan terlalu baik padaku, setiap pertolongan yang aku minta, akan di selesaikan olehnya tanpa kata tidak dan tanpa banyak alasan, aku bersyukur dapat kawan sepertinya.. boleh dikata inilah pertama kali dalam hidupku bahawa dialah kawan lelaki yang paling rapat denganku, selama ini aku tidak pernah mempunyai kawan lelaki, kawan aku semuanya perempuan, benar kata orang lebih seronok jika mempunyai kawan yang berlainan jantina , lebih mudah berkongsi masalah dengan lelaki, ini kerana lelaki adalah insan yang diciptakan oleh ALLAH untuk membantu dan menyokong perempuan, aku mengakui ia adalah benar..

Segala kebaikannya telah membuat aku jatuh hati padanya,aku jatuh hati pada sifat keperibadiannya, perwatakannya yang menyenangi hatiku, dia mempunyai ciri-ciri pemimpin yang taat pada perintah Allah, serba-serbi nampak sempurna pada mata ku, aku bukan jatuh hati padanya sebab harta, pangkat ataupun paras rupanya, tetapi pada agamanya, kebaikannya, dan dorongan serta nasihatnya pada aku yang membuatkan hati ku begitu mudah menyanyangi dia.. Ya Allah , aku tidak mahu perasaan ini bersarang dalam hidupku,aku tidak mahu melayan perasaan ini lebih dari seorang kawan, aku tidak mahu melarat seumur hidupku, cukupla aku patah hati sekali kerana cinta, aku tidak mahu ia berulang kembali kerana aku tahu aku dan dia cuma kawan, aku dan dia tidak mungkin akan pergi jauh selain daripada hubungan persahabatan, walaubagaimanapun aku sayang sangat padanya, aku tahu aku dan dia tidak akan jadi pasangan kekasih..

Pernah suatu ketika aku meluahkan perasaan ku padanya, dia menganggap aku hanya main-main dan tidak serius, aku tahu mana mungkin kawan sendiri akan sukakan kita, aku cuba bersikap serius dan meluahkannya, aku tahu dalam fikirannya mungkin aku ini hanya bergurau senda dengannya.. tetapi ketahuilah bahawa aku sendiri tidak sedar bila masa, dimana aku mula jatuh hati padanya, kalau boleh aku mahu buang perasaan ini jauh-jauh tapi aku tidak mampu, mahu sahaja aku menyepikan diri, tidak mahu berhubung dengannya lagi, tapi aku tidak sanggup nak putuskan persahabatan dengannya, aku tidak mahu kehilangan sahabat yang baik sepertinya.. aku terlalu menghargainya, kalau aku diberi peluang, aku mahu dia menjadi kawan aku sejak aku kecil lagi, tetapi apakan daya dia lambat hadir untuk menjadi kawanku.. aku tidak tahulah dia menganggap aku sebagai apa, aku tahu dia mempunyai ramai kawan dalam hidupnya, dan mungkin ramai kawan rapat... tetapi aku tidak kisah semua itu , yang pasti dalam hatiku, dialah kawan yang paling baik yang pernah aku kenali, rasa rugi kalau kita tidak menghargai dia sebagai kawan, dia terlalu sempurna dan istimewa..

Pernah sekali dia mengatakan padaku bahawa, aku dan dia akan jadi kawan shaja sampai bila-bila, tidak akan ada lebih dari kawan, sedih juga mendengarnya, tetapi aku sedar, diriku memang tidak layak untuknya, dan cinta memang tidak boleh dipaksa... cinta tidak boleh dipaksa, dan kita tidak boleh memaksa seseorang untuk menerima dan menyintai kita.. aku akui semua itu, aku pun tidak minta benda ini terjadi padaku.. aku sedar aku selalu main-main cakap padanya aku pun suka padanya, pada masa itu aku suka-suka je bergurau dan menyakatnya, tetapi kali ini aku benar-benar sayang padanya, Ya ALlah terlalu berat ujianMu , tidak mampu untuk aku mengharunginya.. aku menganggap perasaan ini hanya bersifat sementara tetapi rupanya tidak, aku benar-benar jatuh cinta padanya... semakin dilupai, semakin rindu padanya, semakin aku cuba membencinya, semakin sayang pula.. arghhhhhhhhhh aku buntu dan serabut, adakah perlu aku menyatakan perasaan ini padanya ataupun memendam sahaja.. aku sedar kesan memendam perasaan akan lebih buruk dan parah berbanding meluahkannya, sekurang2nya dia tahu yang aku menyimpan perasaan padanya.. tetapi sanggup ke aku, tabah ke aku untuk meluahkannya ?? aku tidak sekuat itu, aku tidak mampu untuk buat semua ini, aku lemah dalam soal ini, aku tidak mahu menjadi perempuan yang terhegeh-hegeh mahukan lelaki itu, aku tidak mahu jadi perempuan yang tidak ada maruah..

aku sedar dia anggap aku sebagai kawannya, tidak lebih dari itu, apakah penerimaannya padaku setelah aku luahkan segalanya pada dia?? adakah dia masih menganggap aku sebagai kawannya setelah mengetahui aku telah jatuh cinta padanya??? aku rasa dia tidak boleh anggap aku sebagai kawannya lagi setelah mengetahui aku sukakannya.. aku tidak mahu kehilangan kawan sebaiknya.. apa harus ku lakukan sekarang?? aku rasa terlalu berdosa teramat sangat kerana jatuh cinta dengan sahabat baik ku.....

sahabat....
maafkan aku kerana menyimpan perasaan cinta padamu...
aku tahu aku tidak sepatutnya membiarkan perasaan ini bercambah dalam hatiku,..
aku tahu aku tidak layak untuk mu..
kita seperti langit dan bumi..
aku sedar aku tidak memiliki ciri-ciri wanita idaman yang kau mahukan..
tetapi janganlah engkau menyalahkan aku atas perasaan yang tidak sengaja ini..
aku terima bahawa percintaan tidak semestinya memiliki..
biarlah ia menjadi "cinta sejati" dalam hidupku..
terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku.....

Adakah aku yang bersalah??

Akukah yang terlalu curiga,
Atau kau kah yang terlalu menyembunyikan perasaanmu padaku,
Terkulai aku di padang cinta ini,
Ketandusan warna cinta darimu,

Silapkah aku menilai erti cintamu itu,
Atau salahkah aku untuk menyayangi dirimu,
Atau butakah aku mengenal erti sebuah cinta,
Hingga perasaan ini tersisih jauh dari kaca matamu,

Masih ternilaikah lagi perasaan cinta itu untukku,
Sehingga perasaan ini terbiar sepi,
Kekosongan tanpa irama,
Kegelapan tanpa cahaya….
Terlalu lemah kaki ku melangkah mengharungi onak duri ini,
Sudah jenuh aku menerima kesakitan ini,
Tidak mampu lagi merintih kelukaan,
Terlalu sarat jiwa ini dengan penderitaan,

Hanya Tuhan saja yang tahu,
Betapa ikhlas nya hati ini,
Melakar warna cinta untukmu,
Namun mengapa aku sering di duga,

Sudah terlalu jemu untuk menerima dugaan demi dugaan,
Terlalu perit lukanya,
Terlalu pahit rasanya,
Namun… bilakah bahagia akan menjelma…..

Monday, October 6, 2008

Rahsia Cinta Lelaki

Saya percaya tentu terdapat segelintir kaum perempuan yg sudah serik utk menjalinkn hubungan serius dgn kaum lelaki setelah beberapa kali dikecewakn..Adakah anda ingin memegang title ’single n available’ hingga ble2? Dan apakah yg harus anda lakukan utk membuat pilihan yg tepat dlm memilih teman hidup dr kaum Adam? Tips2 berikut diharap dapat membantu anda serba sedikit dlm memilih lelaki yg benar2 ikhlas dan menyayangi diri anda.

Apabila seorang lelaki benar2 jatuh cinta dan setia akan pada kekasihnya dgn ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dgn jelas. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi akan menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja utk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yg dilakukan lelaki utk anda..
Berikut adalah tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn jujur n ikhlas:

1.Si dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela dan bukan kerana terpaksa.

2.Si dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan sanggup berubah demi menyenangi hati pasangannya.

3.Si dia byk menasihati kekasihnya kerana si dia amat menyayangi kekasihnya.

4.Si dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2. (maksud: mengambil berat stiap apa yg dilakukn oleh kekasihnya)

5.Si dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6.Si dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana si dia sentiasa berasa curiga jika kekasihnya dikacau lelaki lain.

7.Si dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

8.Si dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9.Adakalanya si dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana si dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

10.Si dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11.Si dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk dan dimanjai oleh kekasihnya.

12.Si dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13.Si dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.

14.Si dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15.Si dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana si dia tidak mahu kasih sayang antara mereka menjadi luntur.

16.Si dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.

17.Si dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa mengorbankan masa dirinya sendiri.

18.Si dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.

19.Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, si dia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun si dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20.Apabila timbul org ketiga,si dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21.Si dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22.Si dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau si dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya.

23.Si dia sanggup menitiskn air mata demi kekasihnya..Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. (Tidakkah anda terharu melihat seorang lelaki yg sanggup menitiskan air mata demi anda?)

HARGAILAH MEREKA dan terimalah mereka seadanya… Berilah diri anda peluang utk kembali mencintai seorang yg bergelar lelaki..

Wednesday, September 24, 2008

Renungan sejenak....

1. Jangan amalkan sikap suka berprasangka buruk kepada orang lain. Siasatlah atau tanya sendiri kepada empunya diri untuk mencari kebenaran.

2. Sekiranya ada masalah , bawalah berbincang atau berbicara dari hati ke hati . Tidak kira apa jua bentuk masalah itu. Cari seseorang yang boleh dipercayai untuk meluahkan rasa dan berkongsi masalah. Mungkin masalah yang pada tanggapan kita amat sukar diselesai, akan dapat dileraikan dengan mudah berkat perbincangan tadi.

3. Kecacatan atau kekurangan yang ada pada diri bukan beerti penamat kepada sebuah kehidupan. Hidup mesti diteruskan, anggap apa yang terjadi adalah dugaan kecil dari ALlah SWT untuk menguji keimanan kita . Jika rasa nasib kita malang , masih ramai yang lebih malang daripada kita.

4. Sekiranya hajat kita ditentang atau tidak mendapat restu ibu bapa, elakkan dari mengambil tindakan lari dari rumah. Itu bukanlah jalan penyelesaian yang baik untuk menyelesaikan masalah. Malah lebih banyak masalah lain yang akan timbul. Ingat! Tidak ada ibu bapa yang tidak sayangkan anaknya..

5.Sentiasa dapatkan nasihat daripada ibu bapa. Sesungguhnya kita sentiasa memerlukan panduan supaya tidak tergelincir ke landasan yang salah.

6. Setiap insan yang bercinta tentunya mempunyai impian untuk meneruskan kehidupan hingga ke alam rumah tangga bersama pasangannya. Oleh itu, mengenali hati budi masing-masing , sikap percaya mempercayai amatlah penting sekali. Sekiranya tiada kepercayaan , bagaimana mahu melayari bahtera rumah tangga kelak!!

7. Jangan amalkan sikap bersangka baik dengan orang yang baru dikenali. Meskipun mereka mempunyai latar belakang kehidupan yang baik, sentiasalah amalkan sikap berhati-hati. Tidak mustahil sikap terlalu percayakan seseorang akan mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.

8. Teman sejati adalah teman yang sentiasa bersama-sama kita samada dalam senang atau susah. Ketawa atau menangis. Teman yang sebegini tidak akan membiarkan kita keseorangan tatkala kita berdepan dengan pelbagai masalah dan kesusahan.

9. Jaga setiap patah perkataan yang keluar dalam mulut kita. Ketika sedang marah, kadangkala kita tidak sedar apa yang diturutkan.

10. Sesuatu tindakan hendaklah dibuat mengikut fikiran bukan perasaan. Sering terjadi perasaan sentiasa mendahului fikiran . Namun bila keadaan sudah tenang dan kebenaran terbukti , barulah penyesalan tiba, bak kata pepatah "baru terhantuk baru nak terngadah"

Renung-renungkanlah.........

Tuesday, September 23, 2008

KaTa HaTi iNi

Seandainya Tuhan mengizinkan
Ingin aku terus bersamamu
Biarpun pedih dugaannya
Rela aku menghadapinya dengan sabar

Seandainya Tuhan mengizinkan
Cintamu mekar bersamaku
Ingin aku membahagiakan hidupmu
Tak pernah ku termimpi
Untuk bercinta dengan mu oh sayangku

Tapi dah tersurat kita bertemu dan jatuh cinta
Sekiranya kau dapat terima aku seadanya
Itulah buktinya keihklasanmu

Andainya Tuhan mengizinkan ingin aku menunaikan
Segala impian yang lama terpendam
Andai kita ditakdirkan terpisah jauh di mata
Namun hati tetap sayang dan merinduimu
Tiada siapa dapat melenyapkan cinta di hatiku
Hanya Tuhan saja yang berkuasa

Aku harap engkau masih menyayangi diri ini
Kerana ku tidak sanggup berpisah dengan mu
Kenangilah saat-saat indah percintaan kita
Semoga abadi kisah cinta kita

Andai kita ditakdirkan terpisah jauh di mata
Namun hati tetap sayang dan merindui mu
Seandainya Tuhan mengizinkan
Cintamu mekar bersama ku
Ingin aku membahagiakan hidup mu
Selama-lamanya

Monday, September 22, 2008

Adakah lelaki hensem penipu????

Ermm satu persoalan yang agak sukar untuk aku tafsirkan.. kadang-kadang ada logiknya perkataan "lelaki hensem penipu" berdasarkan pengalaman wanita-wanita yang kebayakannya telah ditipu dan dinodai oleh lelaki yang berwajah agak tampan dan kacak ini.. mereka menggunakan segala kelebihan yang ada untuk menggoda wanita-wanita diluar sana dengan ayat-ayat romantis, kata-kata manis dan boleh dikatakan agak mengambil berat terhadap teman wanitanya atau mungkin wanita yang ingin dimilikinya.. tetapi ramai yang beranggapan bahawa tidak semua lelaki hensem ini penipu, bagi lelaki yang ditipu oleh perempuan yang agak cantik dan seksi akan menyangkal keras persoalan ini.. mungkin ia hanya satu kebetulan ataupun ia berlaku hanya 3 % dalam banyak-banyak perhubungan di dunia ini..

Ini berdasarkan pengalaman seorang rakan perempuan yang mengadu bahawa dia ditinggalkan oleh teman lelakinya yang agak tampan dan kacak rupa parasnya.. biarla ia dikenali sebagai D..segala janji manis lelaki tersebut telah bulat-bulat D percayai, lelaki tersebut berjanji akan berkahwin dengan D, tetapi akhirnya segala janji manis hanya la omongan kosong dan pembohongan semata-mata setelah D mengetahui bahawa teman lelakinya bermain kayu tiga di belakangya.. tempoh perkahwinan mereka hampir tiba, mungkin dengan kekuasaan Allah, D telah nampak dan menghidu perhubungan teman lelakinya dengan perempuan lain, dan bukan perempuan itu sahaja teman baru bg teman lelaki D, malah ada lebih kurang 3 orang lagi perempuan yang termakan dengan janji manis teman lelaki D.. semua teman wanita nya termakan dengan pujukan rayu lelaki tersebut, dan semuanya mengakui telah dijanjikan perkahwinan dalam perhubungan dengan lelaki tersebut.. dari kejadian tersebut, D berasa amat marah dan rasa ditipu oleh lelaki yang amat dipercayainya, akhirnya D mengambil keputusan untuk memutuskan perhubungan dengan lelaki tersebut..

Tidak kurang sebulan mereka putus, bekas teman lelaki D telah mempunyai penganti yang baru, Bukan sorag 2, malah terlalu ramai, tidak terkira, menukar perempuan seperti menukar baju.. kisah D juga dikongsi oleh K, K juga telah ditipu oleh teman lelakinya, ...

ERmm... tidak sanggup rasanya untuk aku mentafsirkan "lelaki hensem penipu "ini dari kisah yang dceritakan tadi, kisah sebenar seorang rakan yang menyulam cinta hampir 4 tahun bersama bekas teman lelakinya..

Samada ada lelaki hensem ataupun perempuan cantik penipu, aku rasakan tiada beza antara keduanya, mungkin perempuan dikatakan penipu dengan hanya bertujuan untuk mengikis harta teman lelakinya, bagi lelaki pula dikatakn penipu apabila hanya suka mengambil kesempatan diatas kelemahan seorang wanita untuk kepentingan dan keseronokan diri semata-mata, lebih diketahui umum bahawa apabila perempuan jatuh cinta dan terlalu cinta akan kekasihnya, segalanya mereka sanggup lakukan termasuk menyerahkan mahkota paling berharga kepada kekasihnya,, dan keuntungan lelaki yang dapat...kerugian, maruah tercemar akan terpalit dalam sejarah hitam gadis tersebut.. setelah ditingglkan teman lelaki, tiada apa yang dapat diubah, hanya kelukaan dan penyeselan menyelubungi diri akibat kebodohan diri menyerahkan segalanya pada insan yang berhati binatang..

Dari pengamatan aku, dan kes-kes yang telah aku kaji, laki hensem ini akan menipu dengan cara yang begitu licik sekali, ada yang meragut kegadisan , ada yang mengikis wang dan juga ada yang mengunakan wanita ini sebagai alat dagangan mereka, lebih kurang menigikis wang jugala.. setelah mereka puas dengan kegembiraan dengan wanita tersebut, mereka akan mencari habuan baru,, mereka terlalu ego , taksub , berlagak dengan kurniaan wajah yang agak tampan dan memikirkan bahawa mereka mudah untuk mendapat teman wanita.. sering bertukar teman wanita.. dan mereka boleh dilabelkan sebagai lelaki "playboy"...
cerita mengenai mengenai lelaki "playboy " pula banyak diterbitkan dalam novel, majalah dan juga diadaptasikan dalam filem dan juga drama.. memang banyak kisah-kisah lelaki jenis ini.. begitu juga dengan kisah wanita " playgirl".. tiada beza antara keduanya..

Apakah yang mereka inginkan dengan menipu hati perasaan teman wanita nya? adakah mereka belum ketemui cinta yang sebenar sampai sanggup menipu hati dan perasaan kekasihnya.. kemusykilan ini begitu sukar untuk aku bicarakan.. pelbagai teka-teki bermain di benak minda ku..

apakah punca sebenar lelaki hensem ini penipu? adakah mereka telah dipermainkan oleh seseorang sampai mereka sanggup untuk melukakan banyak hati wanita lain? setujukah mereka bahawa lelaki hensem ini penipu??? erm.. banyak pendapat yang berbeza... mungkin ada benarnya dan mungkin tidak..

Sunday, September 21, 2008

sunyi kah hidupku??

Pada tarikh hari ini (22 Ramadhan 1427) ,ikut bulan Islam hampir setahun aku hidup bersendirian tanpa insan yang bergelar lelaki..
terasa hari-hari yang berlalu tiada makna lagi bagiku.. aku cuba gagahkan hati ini untuk cuba teruskan kehidupan yang aku rasakan tiada makna lagi.. aku cuba untuk tidak melatah dengan keadaan yang menimpa diri ku ini.. aku kena tabahkan hati yang da tentu sengsara selama ini.. Tetapi aku harus beringat masih ada insan di luar sana yang mengalami masalah dan kenangan lebih tragis dari kisah pahit ku .. aku bersyukur kerana Allah masih sayangkan aku.. Aku tidak boleh lena dibuai mimipi duniawi, aku tidak boleh hanyut dalam arus deras dunia yang penuh pancaroba ini.. Aku bersyukur kerana Allah memberi ku peluang untuk ku bertaubat dan meninggalkan dosa2 yang telah ku lakukan dahulu.. aku diberi peluang, aku masih ada masa untuk bertaubat.. Ya Allah, aku bersyukur padaMU...

Kadang-kadang aku tidak boleh menipu diri ku sendiri.. aku cuba nafikan perasaan yang melanda diriku ini.. aku cuba mencari jawapan bagi masalah yang aku hadapi kini.. makin lama makin bersarang dalam minda ku.. aku buntu memikirkan penyelesaiannya.. arggghhh aku tidak tahan lagi menanggung resah kehidupan ini.. aku cuba tersenyum, aku cuba gembira tapi ia sekadar sia-sia sahaja usaha aku selama ini.. aku tahu aku tidak boleh bersikap hipokrit dalam perlakuan ku ini.. tiada siapa pun dapat mengetahui rintihan hati kecilku ini.. hanya Allah dapat memahami rintihan hati kecilku...

hendak diluah mati mak, hendak ditelan mati bapak.. Ya Allah pada siapakah aku harus meluahkan masalah ini? haruskah aku bongkarkan rahsia yang telah aku simpan rapi selama 3 tahun ini? aku buntu memikirkannya.. ingin sahaja aku dedahkan rahsia ini.. aku tidak tahan menanggung seksa dan derita yang aku pendam selama ini.. tapi aku takut akan impak yang akan aku hadapi sekiranya aku meluahkan pe yang terjadi selama ini.. aku mengambil keputusan biarlah aku , dia dan Allah sahaja tahu apa yang berlaku sebenarnya..
aku tidak mahu buka pekung didada, dan aku juga tidak mahu mengaibkan sesiapa.. biarla ia menjadi rahsia selamanya biaapun hatiku sakit dan terseksa menanggungnya..

Hampir setahun aku bekerja , dan hampir setahun jugalah aku terseksa .. aku tidak diberi peluang untuk memilih jalan hidupku sendiri.. aku tidak berpeluang untuk mencari pengalaman kerja dalam bidang yang aku ambil ketika aku belajar dahulu.. aku langsung tidak diberikan peluang.. aku bosan dan terlalu tertekan dengan kerja yang tidak dapat menambah kemahiran sekaligus tidak dapat memberi manfaat dari apa yang aku pelajari dahulu..
aku ingin sahaja memberontak.. tapi apakan daya, aku insan lemah .. aku tidak mampu melawan kata2 ibu bapa ku yang inginkan aku bekerja berdekatan dengan rumah dan keluarga.. aku turutkan kemahuan mereka, aku tidak mahu dilabelkan sebagai anak derhaka..

Tapi sampai bila ?? sampai bila aku harus begini? sampai aku mati ke? ohhh tidak mungkin aku membiarkan hidup ku diatur atau dicatur seperti mainan.. aku mahu mengatur sendiri hidupku.. aku mahu berdikari, mahu mengenal erti dunia luar dan erti kehidupan yang sebenar seperti rakan-rakan ku yang lain.. aku sudah tidak tahan lagi menanggung seksa ini.. terlalu banyak yang aku fikirkan, belum sudah satu masalah selesai.. aku ditimpa masalah lagi.. bertubi-tubi masalah yang datang pada tahun ini.. Ya ALlah inikah dugaan yang meninpa diriku.. aku redha dengan apa yang Kau tentukan untuk ku..

aku akui aku terlalu sunyi ketika ini, aku perlukan kawan untuk menceritakan segala masalah yang berselirat dalam minda ku ini.. tetapi dimanakah ingin ku cari sahabat ,kawan yang mungkin akan memahami diriku ini?? masih adakah manusia yang bersimpati akan nasib yang menimpa diriku ini???
aku rasa tidak ada seorang pun yang akan bersimpati dengan nasib ku ini.. aku sering ditipu tatkala aku mahu membina hidup baru.. tatkala aku mahu mengecapi kebahagiaan seperti dahulu.. tetapi aku sering sahaja ditipu .. kenapa ia harus terjadi dalam hidupku??
tiada jawapan bagi soalan itu.. Hanya Allah yang tahu..

Aku akui , aku boleh memberi motivasi dan memberi nasihat kepada orang lain , tetapi kenapa aku tidak boleh untuk menerima dan memotivasikan diri aku sendiri? adakah aku masih tidak ada kekuatan dan ketabahan hati? adakah aku terlalu ikutkan perasaan, terlalu pikirkan benda-benda negatif? argghhh aku buntu memikirkannya..

Hidupku kini terlalu kosong dan sunyi,.. aku perlukan insan yang boleh menghiburkan hati ku kembali.. Dia yang hadir dalam hidupku selama ini, yang telah membuatkan aku senyum dan gembira kini telah tinggalkan aku tanpa kata.. aku mati setelah ditinggalkan ,, aku tidak seceria dahulu.. jauh dilubuk hatiku aku masih sayangkannya.. Ya betul!! ada rasa cinta dan sayang untuk dia.. dia la yang telah mengubah hidupku, membawa sinar harapan padaku.. tetapi segalanya musnah dalam sekelip mata.. hidupku tidak terurus,.. hidupku ini seperti mesin yang bekerja, langsung tiada hati dan perasaan, hidup ku diatur, seperti jasadku bekerja tetapi jiwaku entah kemana.. aku sering berkhayal, termenung dan pikiran ku melayang sama sekali.. adakah aku sudah gila?? oh tentunya tidak!! aku masih waras, cuma tahap kewarasanku kadang kala terbatas.. aku sering terpandang kisah-kisah lama, aku tidak berdiri dengan dunia yang nyata, cuma mampu melayani kenangan lama yang tidak wujud..

Sunyi dan sepi hidupku ini, Ya!! memang aku akui aku sunyi.. aku dahagakan kasih sayangnya,, aku tidak mampu untuk melupakannya, aku telah cuba membuang jauh ingatannya dari hidup ini.. tp aku tidak mampu untuk berbuat demikian.. aku telah cuba, tapi sia-sia segala usaha ku selama ini.. aku sedar aku tidak mampu melupakan Cinta Pertama ku.. aku masih tidak mampu untuk hidup bersendirian ,, aku masih perlukannya..

Aku sedar ini semua hanyalah khayalan , aku tidak mampu buat dia suka dan kembali padaku.. setelah dia terlalu bencikan aku, dia buang aku dan dia tinggalkan aku dengan segala kenangan yang telah aku dan dia bina..
aku tidak peduli apa kata hatinya sekarang,aku akan terus cintainya sampai mati.. sampai akhir hayatku.. biapun ianya telah berlalu pergi meninggalkan ku..

cinta ini akan kekal abadi dan tersemat dalam hati baiarpun hatiku sunyii................

Thursday, September 18, 2008

kenangan "ID"

"ID " merupakan gabungan nama ku dengan insan yang paling aku sayang I bermaksud Ikhwan dan D adalah namaku Dina... cukup indah dan bermakna nama itu bagiku dan kami berdua abadikan nama "ID" di cincin perkenalan kami, cincin yang menjadi saksi cinta aku dan Ikhwan.. disebalik nama itu terdapat banyak kisah tersirat dan tersurat yang tercatat dalam kisah hidupku..

Ingat lagi kisah ketika aku baru ingin menemui cinta.. masihku ingat pada tahun 2004 kejadian itu, bermulanya kisah cinta aku dengan Ikhwan...aku sengaja membuat "miss called" pada kawan sekolah lama ku.. . . akibat kenakalan aku menganggu kawan aku ketika itu, ikhwan mula bertaruh dengan kawan aku yang dikenali sebagai alif.. mereka adalah rakan satu kolej semasa Ikhwan masih menuntut di sebuah kolej di Ibu negara. alif mencabarnya supaya Ikhwan memikat aku yang masih "single".. Ikhwan pun turutkan cabaran itu.. tidak ku sangka dari pertengahan tahun aku dan Ikhwan mula berkenalan dengan hanya melalui sms dan akhirnya aku dan dia mesra hampir 6 bulan perkenalan dalam sms... dan akhirnya kitorang mula membuat keputusan untuk berjumpa.

Pertemuan pertama kami telah membibitkan rasa cinta dalam hati aku dan juga dia.. kiranya aku jatuh cinta pandang pertama padanya.. tetapi aku mengambil sikap berhati- hati agar aku tidak kecewa di kemudian hari.. aku tidak terlalu menanamkan perasaan percaya 100 peratus pada cintanya..

Tapi pada akhir tahun 2005 aku tewas dalam cintanya dan kejujurannya.. aku mula menaruh sepenuh kepercayaan aku padanya.. sikapnya yang terlalu mengambil berat dan ikhlas dalam percintaan ini.. aku bahagia bersamanya.. dia telah menunjukkan keikhlasan dia mencintai aku dengan datang berjumpa orang tuaku semasa aku tiada di rumah..

Sepanjang percintaan aku dan dia, aku masih belajar di Pulau Pinang,dan dia di KL.. tetapi jarak yang jauh tidak dapat memisahkan cinta antara kami berdua. Aku sentiasa mencabarnya untuk membuktikan sedalam dan seikhlas cintanya padaku.. Dan akhirnya dia buktikan dengan berjumpa orang tuaku .. Dan dia telah memperkenalkan aku pada keluarganya biarpun keluarganya jauh di Sabah.. tetapi ia tidak membataskan hubungan antara aku dan mak dia.. aku dan keluarganya berhubung melalui telefon sahaja.. Biarpun aku tidak pernah berjumpa ahli keluarganya seperti mana dia berjumpa ahli keluargaku, tetapi aku dapat rasakan kasih sayang yang berlimpah ruah keluarganya terhadap diri ku..

Aku cukup bahagia bersama Ikhwanl.. Dan mak dia menyuruhku memanggil mak dia dengan panggilan "mak".. Aku cukup terharu diterima baik oleh keluarga Ikhwan... Aku terlalu gembira dengan apa yang aku kecapi selama aku bersama Ikhwan sebagai pasangan kekasih..

Ikhwan terlalu sayangkanku.. dan aku dapat rasakan dia tidak boleh hidup tanpaku.. dan aku juga begitu.. kitorang terlalu rapat.. biarpun duduk berjauhan. tetapi telefon sentiasa tidak renggang dariku mahupun Ikhwan sendiri.. Kami berhubung melalui sms hampir setiap saat dan masa.. kadang-kadang waktu terluang dia menghubungi aku dan juga aku ..

Pada tahun 2006, hubungan kami semakin rapat, dia kerap datang ke rumah aku.. anak-anak buah, serta keluarga menyenangi kehadiran dia sebagai ahli baru keluarga ku.. anak-anak buah ku terbiasa memanggil Ikhwan dengan panggilan "Pak cu" kerana aku adalah anak paling bongsu dalam keluarga ku.. Betapa utuhnya ikatan antara aku dengan Ikhwan.. dan dalam tempoh percintaan ini, kami telah berbincang untuk membina masjid setelah aku dan dia tamat belajar.. khabar berita itu disambut baik oleh keluarga ku malah keluarganya jugak..

Ikhwan berjanji akan bahagiakan aku seumur hidupnya, die berjanji tidak akan tinggalkan aku sendirian di KL .. dan akan hidup bersamaku di Kl serta dia berjanji tidak akan sesekali pulang ke Sabah.. dia hanya mementingkan aku dari keluarganya sendiri.. aku cukup tersentuh dengan janji-janjinya itu.. aku tekad akan bersamanya sampai akhir hayatku.. aku nekad setia padanya seorang biarpun kadang-kadang aku berasa terlalu sunyi ketika aku berada berjauhan darinya.. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa aku mencintainya sepenuh hatiku..

Akhir tahun 2006 , dia mendapat tawaran sambung pengajian di salah satu universiti tempatan di negeri kelahirannya.. Dan keluarganya menyuruh dia pulang untuk masa depannya.. aku dengan berat hati melepaskannya pergi demi masa depan dia dan juga aku.. aku takut akan kehilangannya .. aku di semenanjung, dia di Sabah.. beribu batu jauhnya kami waktu itu.. Tetapi aku yakin akan janjinya bahawa cinta kami akan tetap utuh dan dia berjanji akan memperisterikan aku suatu hari nanti.. aku dengan sabarnya menunggu aku tamat belajar dan kumpul duit supaya aku dan dia akan cepat bersatu suatu hari nanti..

Pertengahan tahun 2007 . keluarganya mengajak aku datang ke Sabah.. aku dengan rasa gembira tidak terkata kerana bakal mertua ku ingin berjumpa dengan ku.. cuti semester aku dihabiskan bersama Ikhwan dan keluarganya.. aku rasakan penerimaan aku dalam keluarganya amat baik.. aku gembira dengan kehidupanku sekarang.. dan harap semuanya tidak berakhir.. mak Ikhwan telah menetapkan bahawa tahun 2008 kami akan ditunangkan.. insyallah..

Ku sangkakan panas smpai ke petang, tetapi rupanya hujan di tengahari..
ku sangkakan kebahagiaan aku dan Ikhwan akan selamanya berkekalan , tetapi apakan daya ku untuk mengubah takdir yang ditentukanNYA..

Telah hampir setahun Ikhwan di Sabah dan tempoh itulah aku tidak berjumpa dengannya.. aku menjadi tidak keruan apabila Ikhwan mula menunjukkan sikap yang dia telah berubah, dari segi perangainya dan layanan dia terhadapku.. Tiada lagi kata romantis , tiada lagi ucapan sayang, kalau ada pun ianya tidak ikhlas seperti dahulu, dia sentiasa baran hati, sentiasa marah-marah setiap kali aku memberi sms, dan ada juga dia menengking ku ketika aku menghubunginya, tiada lagi kata maaf darinya, tidak seperti dahulu , dahulu aku amat menyenanginya kerana dia seorang pemaaf dan berlembut hati.. tetapi sekarang semuanya telah berubah sekelip mata.. Dia mula tanamkan perasaan benci terhadapku.. Ya Allah, apakah dosa ku padanya.. aku tidak tahu dimana silapku? dan dia tidak pernah memberi penjelasan kenapa dia bersikap dingin terhadapku..

Tiada angin tiada ribut, dia telah berubah secara mendadak, akhir tahun 2007 Ikhwan meminta hubungan kami diputuskan serta merta.. tanpa berjumpa dan tiada kata sepakat mahupun perbincangan dia memutuskan hubungan kami hanya dalam telefon, ketika itu aku berada di Penang dan dia berada di Sabah.. atas alasan dia mahu menumpukan perhatian pada masa depannya.. dan dia merasakan percintaan akan merosakkan masa depannya.. dan dia tidak perlukan aku lagi.. bagi dia perempuan macam aku akan merumitkan masa depannya..aku tidak tahu apa silapnya.. sedih hati ini tidak terkata bila dia berkata demikian.. hancur segala harapanku bersamanya.. cinta dan hatiku musnah kerana percayakan dia akan membahagiakan aku.. dia tidak seperti dulu. dia lupa akan janjinya padaku dulu.. aku mahu saja pergi ke Sabah dan meminta penjelasan darinya.. tetapi die melarang keras untuk aku berjumpa dengannya.. aku terlalu buntu.. aku tidak mampu hidup tanpanya.. kenapa dia perlakukan aku sedemikian setelah dia mempertemukan aku dengan keluarganya?? apa akan ku jawab kepada keluarga ku nanti tentang hubungan aku yang terputus di tengah jalan ini?? aku rasa tidak logik alasan dia untuk memutuskan hubungan kami.. sedangkan dulu dia mengatakan yang aku adalah masa depannya dan dia tidak dapat hidup tanpaku.. tetapi sekarang kenapa dia tinggalkan aku setelah segala jiwa raga ku hanya untuk dia..

Aku mengambil tindakan bodoh dengan menelan pil tido seberapa banyaknya, aku cuba kelar tangan sendiri, kawan-kawanku menghalang aku dari aku berbuat tindakan bodoh seperti itu, nasib ku baik kerana sedar akan tindakan bodoh itu dan aku hanya mampu menangis..aku tidak mampu untuk hidup tanpanya.. mampukah aku hidup tanpanya.. aku xtidak berselera hampir sebulan, tidak makan dan minum, hanya menangis menatap kekecewaan yang melanda dalam hati.. aku merayu pada Ikhwan supaya dia terima aku kembali kerana aku tidak dapat hidup tanpanya, tapi dia buat tidak tahu sahaja.. dia memberi amaran padaku supaya menjauhkan diri dari dia dan keluarganya.. Ya Allah terlalu berat dugaanMu ini.. aku tidak tahu di mana silapnya.. aku masih tidak tahu apa kesalahan aku terhadpanya.. aku menghubungi mak Ikhwan untuk meminta penjelasan, tetapi mak Ikhwan langsung tidak memberi kerjasama, hanya memberi jawapan tiada jodoh.. aku kecewa dengan sikap mak Ikhwan yang selama ini mengatakan dia sayang dekat aku macam anak kandungnya.. tetapi bila ini terjadi, mak dia langsung tidak mengendahkan masalah aku..

Kini cukup setahun(2008) aku dan Ikhwan berpisah. aku dan dia terus " lost contact" setelah dia menukar semua nombor telefon ahli keluarganya..aku tidak tahu bagaimana harus aku menghubunginya,.. aku masih sayangkannya.. aku masih tidak dapat lupakannya.. tetapi dia terus lupakan aku seperti dia langsung tidak mengenali aku .. padahal aku dan dia terlalu rapat dan keluargaku merestui hubungan kami...adakah dia masih ingat padaku atau dia langsung tidak ingat pada aku??.. serius aku katakan aku msih tidak dapat lupakannya walau pun sesaat.. aku tidak terasa dengan perbuatan dia meninggalkan aku,, aku berharap dia kan kembali padaku.. Ya Allah berikan hambamu ini kekuatan..

"Ikhwan ,ketahuilah bahawa sehingga hari ini hati Dina hanya untuk Ikhwan sahaja, Ikhwan telah membuat Dina kenal erti cinta sejati, erti kasih sayang, erti pengorbanan.. dan sebab Ikhwan lah Dina dapat menempuhi segala kesusahan hidup Dina selama ini.. Dan sebab Ikhwan lah Dina mengerti akan kenikmatan "CINTA SEBENAR"

Tetapi kenapa Ikhwan?? setelah Dina benar2 pulih , benar2 sayang dan terlalu mencintai Ikhwan, dan dalam keadaan Dina amat memerlukan Ikhwan, Ikhwan meninggalkan Dina sendirian di sini.. dimanakah janji-janji Ikhwan ? dimana terletaknya keikhlasan Ikhwan terhadap Dina dahulu? segala janji manis ditabur, segala angan-angan yang Ikhwan cipta tidak Ikhwan kotakan? Kenapa ikhwan? apa salah Dina sampai Ikhwan buat Dina terseksa begini?
kenapa Ikhwan menyepikan diri? terlalu benci kah Ikhwan dengan dina? bukan ke Ikhwan mengatakan Dina lah wanita pertama dan terakhir dalam hidup Ikhwan?? Dina mahu Ikhwan tahu bahawa setelah setahun kita berpisah, Dina masih menyimpan cincin pemberian Ikhwan yang terukir nama kita berdua, dan ketahuilah bahawa hati Dina hanya untuk Ikhwan seorang.. tiada seorang pun dapat mengantikan tmpat Ikhwan dalam hati Dina..
Dina da kuncikan hati Dina untuk Ikhwan... Dan kuncinya hanya ada dalam diri Ikhwan.."