Wednesday, January 28, 2009

Idamanku...

Dia idamanku...
Gayanya cukup membuatku tertarik..
Hanya memandang wajahnya saja..
Ia telah cukup untuk membuatkn diriku berasa lemah..
Lemah dalam renungan matanya..
Lemah dalam percakapannya..
Aku lemah dengannya..

Dia tidak sekacak Tom Cruise,
Dia tidak selincah Jackie Chan,
Dia tidak sepopular Rosyam Nor..
Tapi dia sehebat pemimpin yang akan bakal menempah nama...
Sifat kepimpinannya yang telah membuatku tergoda..
Membuatkn aku khayal dalam mimpi yang nyata...

Dialah lelaki idamanku..
Berulangkali aku menafikan persaan ini..
Tapi ia tetap tidak dapat dilupuskan dalam ingantanku mahupun pikiranku..
Setiap nafasku hanya lah untuknya..
Nadi ku berdetik hanya untuknya..
Kerana dia idamanku..

Aku tidak sedari aku telah membuat kesilapan..
Sungguh aku menyesal..
Aku menyesal kerana menganggu hidupnya..
Tidak sepatutnya aku meluahkan rasa keinginan diriku padanya..
Terlalu naif diriku tentang cinta..

Tapi apakan daya..
Aku tidak mampu memendam rasa..
Tidak mahu ia memakan diri.. lebih baik aku meluahkannya..
tapi maafkanlah diriku wahai idaman hati..
Kerana aku telah melukakan hatimu..

Terlalu mengikut perasaan amarahku..
Dengan perasaan yang tidak sabarku..
Aku melukakan hatimu..
Idamanku.. aku tidak kisah jika kau bukan untukku..
Aku cuma mahukan persahabatan yang kekal abadi..
Sekarang semuanya hancur gara2 perbuatanku..

Aku sungguh menyesal menyakiti hatimu..
Tiada maaf yang terucap dari bibirmu biarpun maaf berkali-kali telah kuucapkn..
Terlalu marah dirimu padaku..
Aku sedar ia memang kesilapan yang tidak disengajakan..
Tapi berilah aku peluang untuk menebus segalanya..

Terlajak perahu boleh diundur..
Terlajak kata, rosak binasa..
Aku telah melukakan hatimu wahai idamanku..
Penyesalan yang tidak pernah hilang walaupun masa berlalu..
Siang berganti malam,
Tahun ke tahun, dirimu tetap tidak dapat ku lupakan..

Ternyata kau memang idamanku..
Telah kucuba untuk melenyapkan dirimu dari ingatanku..
Begitu payah untukku melupakanmu..
Kerana Kau idamanku...