Thursday, September 18, 2008

kenangan "ID"

"ID " merupakan gabungan nama ku dengan insan yang paling aku sayang I bermaksud Ikhwan dan D adalah namaku Dina... cukup indah dan bermakna nama itu bagiku dan kami berdua abadikan nama "ID" di cincin perkenalan kami, cincin yang menjadi saksi cinta aku dan Ikhwan.. disebalik nama itu terdapat banyak kisah tersirat dan tersurat yang tercatat dalam kisah hidupku..

Ingat lagi kisah ketika aku baru ingin menemui cinta.. masihku ingat pada tahun 2004 kejadian itu, bermulanya kisah cinta aku dengan Ikhwan...aku sengaja membuat "miss called" pada kawan sekolah lama ku.. . . akibat kenakalan aku menganggu kawan aku ketika itu, ikhwan mula bertaruh dengan kawan aku yang dikenali sebagai alif.. mereka adalah rakan satu kolej semasa Ikhwan masih menuntut di sebuah kolej di Ibu negara. alif mencabarnya supaya Ikhwan memikat aku yang masih "single".. Ikhwan pun turutkan cabaran itu.. tidak ku sangka dari pertengahan tahun aku dan Ikhwan mula berkenalan dengan hanya melalui sms dan akhirnya aku dan dia mesra hampir 6 bulan perkenalan dalam sms... dan akhirnya kitorang mula membuat keputusan untuk berjumpa.

Pertemuan pertama kami telah membibitkan rasa cinta dalam hati aku dan juga dia.. kiranya aku jatuh cinta pandang pertama padanya.. tetapi aku mengambil sikap berhati- hati agar aku tidak kecewa di kemudian hari.. aku tidak terlalu menanamkan perasaan percaya 100 peratus pada cintanya..

Tapi pada akhir tahun 2005 aku tewas dalam cintanya dan kejujurannya.. aku mula menaruh sepenuh kepercayaan aku padanya.. sikapnya yang terlalu mengambil berat dan ikhlas dalam percintaan ini.. aku bahagia bersamanya.. dia telah menunjukkan keikhlasan dia mencintai aku dengan datang berjumpa orang tuaku semasa aku tiada di rumah..

Sepanjang percintaan aku dan dia, aku masih belajar di Pulau Pinang,dan dia di KL.. tetapi jarak yang jauh tidak dapat memisahkan cinta antara kami berdua. Aku sentiasa mencabarnya untuk membuktikan sedalam dan seikhlas cintanya padaku.. Dan akhirnya dia buktikan dengan berjumpa orang tuaku .. Dan dia telah memperkenalkan aku pada keluarganya biarpun keluarganya jauh di Sabah.. tetapi ia tidak membataskan hubungan antara aku dan mak dia.. aku dan keluarganya berhubung melalui telefon sahaja.. Biarpun aku tidak pernah berjumpa ahli keluarganya seperti mana dia berjumpa ahli keluargaku, tetapi aku dapat rasakan kasih sayang yang berlimpah ruah keluarganya terhadap diri ku..

Aku cukup bahagia bersama Ikhwanl.. Dan mak dia menyuruhku memanggil mak dia dengan panggilan "mak".. Aku cukup terharu diterima baik oleh keluarga Ikhwan... Aku terlalu gembira dengan apa yang aku kecapi selama aku bersama Ikhwan sebagai pasangan kekasih..

Ikhwan terlalu sayangkanku.. dan aku dapat rasakan dia tidak boleh hidup tanpaku.. dan aku juga begitu.. kitorang terlalu rapat.. biarpun duduk berjauhan. tetapi telefon sentiasa tidak renggang dariku mahupun Ikhwan sendiri.. Kami berhubung melalui sms hampir setiap saat dan masa.. kadang-kadang waktu terluang dia menghubungi aku dan juga aku ..

Pada tahun 2006, hubungan kami semakin rapat, dia kerap datang ke rumah aku.. anak-anak buah, serta keluarga menyenangi kehadiran dia sebagai ahli baru keluarga ku.. anak-anak buah ku terbiasa memanggil Ikhwan dengan panggilan "Pak cu" kerana aku adalah anak paling bongsu dalam keluarga ku.. Betapa utuhnya ikatan antara aku dengan Ikhwan.. dan dalam tempoh percintaan ini, kami telah berbincang untuk membina masjid setelah aku dan dia tamat belajar.. khabar berita itu disambut baik oleh keluarga ku malah keluarganya jugak..

Ikhwan berjanji akan bahagiakan aku seumur hidupnya, die berjanji tidak akan tinggalkan aku sendirian di KL .. dan akan hidup bersamaku di Kl serta dia berjanji tidak akan sesekali pulang ke Sabah.. dia hanya mementingkan aku dari keluarganya sendiri.. aku cukup tersentuh dengan janji-janjinya itu.. aku tekad akan bersamanya sampai akhir hayatku.. aku nekad setia padanya seorang biarpun kadang-kadang aku berasa terlalu sunyi ketika aku berada berjauhan darinya.. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa aku mencintainya sepenuh hatiku..

Akhir tahun 2006 , dia mendapat tawaran sambung pengajian di salah satu universiti tempatan di negeri kelahirannya.. Dan keluarganya menyuruh dia pulang untuk masa depannya.. aku dengan berat hati melepaskannya pergi demi masa depan dia dan juga aku.. aku takut akan kehilangannya .. aku di semenanjung, dia di Sabah.. beribu batu jauhnya kami waktu itu.. Tetapi aku yakin akan janjinya bahawa cinta kami akan tetap utuh dan dia berjanji akan memperisterikan aku suatu hari nanti.. aku dengan sabarnya menunggu aku tamat belajar dan kumpul duit supaya aku dan dia akan cepat bersatu suatu hari nanti..

Pertengahan tahun 2007 . keluarganya mengajak aku datang ke Sabah.. aku dengan rasa gembira tidak terkata kerana bakal mertua ku ingin berjumpa dengan ku.. cuti semester aku dihabiskan bersama Ikhwan dan keluarganya.. aku rasakan penerimaan aku dalam keluarganya amat baik.. aku gembira dengan kehidupanku sekarang.. dan harap semuanya tidak berakhir.. mak Ikhwan telah menetapkan bahawa tahun 2008 kami akan ditunangkan.. insyallah..

Ku sangkakan panas smpai ke petang, tetapi rupanya hujan di tengahari..
ku sangkakan kebahagiaan aku dan Ikhwan akan selamanya berkekalan , tetapi apakan daya ku untuk mengubah takdir yang ditentukanNYA..

Telah hampir setahun Ikhwan di Sabah dan tempoh itulah aku tidak berjumpa dengannya.. aku menjadi tidak keruan apabila Ikhwan mula menunjukkan sikap yang dia telah berubah, dari segi perangainya dan layanan dia terhadapku.. Tiada lagi kata romantis , tiada lagi ucapan sayang, kalau ada pun ianya tidak ikhlas seperti dahulu, dia sentiasa baran hati, sentiasa marah-marah setiap kali aku memberi sms, dan ada juga dia menengking ku ketika aku menghubunginya, tiada lagi kata maaf darinya, tidak seperti dahulu , dahulu aku amat menyenanginya kerana dia seorang pemaaf dan berlembut hati.. tetapi sekarang semuanya telah berubah sekelip mata.. Dia mula tanamkan perasaan benci terhadapku.. Ya Allah, apakah dosa ku padanya.. aku tidak tahu dimana silapku? dan dia tidak pernah memberi penjelasan kenapa dia bersikap dingin terhadapku..

Tiada angin tiada ribut, dia telah berubah secara mendadak, akhir tahun 2007 Ikhwan meminta hubungan kami diputuskan serta merta.. tanpa berjumpa dan tiada kata sepakat mahupun perbincangan dia memutuskan hubungan kami hanya dalam telefon, ketika itu aku berada di Penang dan dia berada di Sabah.. atas alasan dia mahu menumpukan perhatian pada masa depannya.. dan dia merasakan percintaan akan merosakkan masa depannya.. dan dia tidak perlukan aku lagi.. bagi dia perempuan macam aku akan merumitkan masa depannya..aku tidak tahu apa silapnya.. sedih hati ini tidak terkata bila dia berkata demikian.. hancur segala harapanku bersamanya.. cinta dan hatiku musnah kerana percayakan dia akan membahagiakan aku.. dia tidak seperti dulu. dia lupa akan janjinya padaku dulu.. aku mahu saja pergi ke Sabah dan meminta penjelasan darinya.. tetapi die melarang keras untuk aku berjumpa dengannya.. aku terlalu buntu.. aku tidak mampu hidup tanpanya.. kenapa dia perlakukan aku sedemikian setelah dia mempertemukan aku dengan keluarganya?? apa akan ku jawab kepada keluarga ku nanti tentang hubungan aku yang terputus di tengah jalan ini?? aku rasa tidak logik alasan dia untuk memutuskan hubungan kami.. sedangkan dulu dia mengatakan yang aku adalah masa depannya dan dia tidak dapat hidup tanpaku.. tetapi sekarang kenapa dia tinggalkan aku setelah segala jiwa raga ku hanya untuk dia..

Aku mengambil tindakan bodoh dengan menelan pil tido seberapa banyaknya, aku cuba kelar tangan sendiri, kawan-kawanku menghalang aku dari aku berbuat tindakan bodoh seperti itu, nasib ku baik kerana sedar akan tindakan bodoh itu dan aku hanya mampu menangis..aku tidak mampu untuk hidup tanpanya.. mampukah aku hidup tanpanya.. aku xtidak berselera hampir sebulan, tidak makan dan minum, hanya menangis menatap kekecewaan yang melanda dalam hati.. aku merayu pada Ikhwan supaya dia terima aku kembali kerana aku tidak dapat hidup tanpanya, tapi dia buat tidak tahu sahaja.. dia memberi amaran padaku supaya menjauhkan diri dari dia dan keluarganya.. Ya Allah terlalu berat dugaanMu ini.. aku tidak tahu di mana silapnya.. aku masih tidak tahu apa kesalahan aku terhadpanya.. aku menghubungi mak Ikhwan untuk meminta penjelasan, tetapi mak Ikhwan langsung tidak memberi kerjasama, hanya memberi jawapan tiada jodoh.. aku kecewa dengan sikap mak Ikhwan yang selama ini mengatakan dia sayang dekat aku macam anak kandungnya.. tetapi bila ini terjadi, mak dia langsung tidak mengendahkan masalah aku..

Kini cukup setahun(2008) aku dan Ikhwan berpisah. aku dan dia terus " lost contact" setelah dia menukar semua nombor telefon ahli keluarganya..aku tidak tahu bagaimana harus aku menghubunginya,.. aku masih sayangkannya.. aku masih tidak dapat lupakannya.. tetapi dia terus lupakan aku seperti dia langsung tidak mengenali aku .. padahal aku dan dia terlalu rapat dan keluargaku merestui hubungan kami...adakah dia masih ingat padaku atau dia langsung tidak ingat pada aku??.. serius aku katakan aku msih tidak dapat lupakannya walau pun sesaat.. aku tidak terasa dengan perbuatan dia meninggalkan aku,, aku berharap dia kan kembali padaku.. Ya Allah berikan hambamu ini kekuatan..

"Ikhwan ,ketahuilah bahawa sehingga hari ini hati Dina hanya untuk Ikhwan sahaja, Ikhwan telah membuat Dina kenal erti cinta sejati, erti kasih sayang, erti pengorbanan.. dan sebab Ikhwan lah Dina dapat menempuhi segala kesusahan hidup Dina selama ini.. Dan sebab Ikhwan lah Dina mengerti akan kenikmatan "CINTA SEBENAR"

Tetapi kenapa Ikhwan?? setelah Dina benar2 pulih , benar2 sayang dan terlalu mencintai Ikhwan, dan dalam keadaan Dina amat memerlukan Ikhwan, Ikhwan meninggalkan Dina sendirian di sini.. dimanakah janji-janji Ikhwan ? dimana terletaknya keikhlasan Ikhwan terhadap Dina dahulu? segala janji manis ditabur, segala angan-angan yang Ikhwan cipta tidak Ikhwan kotakan? Kenapa ikhwan? apa salah Dina sampai Ikhwan buat Dina terseksa begini?
kenapa Ikhwan menyepikan diri? terlalu benci kah Ikhwan dengan dina? bukan ke Ikhwan mengatakan Dina lah wanita pertama dan terakhir dalam hidup Ikhwan?? Dina mahu Ikhwan tahu bahawa setelah setahun kita berpisah, Dina masih menyimpan cincin pemberian Ikhwan yang terukir nama kita berdua, dan ketahuilah bahawa hati Dina hanya untuk Ikhwan seorang.. tiada seorang pun dapat mengantikan tmpat Ikhwan dalam hati Dina..
Dina da kuncikan hati Dina untuk Ikhwan... Dan kuncinya hanya ada dalam diri Ikhwan.."