Wednesday, September 24, 2008

Renungan sejenak....

1. Jangan amalkan sikap suka berprasangka buruk kepada orang lain. Siasatlah atau tanya sendiri kepada empunya diri untuk mencari kebenaran.

2. Sekiranya ada masalah , bawalah berbincang atau berbicara dari hati ke hati . Tidak kira apa jua bentuk masalah itu. Cari seseorang yang boleh dipercayai untuk meluahkan rasa dan berkongsi masalah. Mungkin masalah yang pada tanggapan kita amat sukar diselesai, akan dapat dileraikan dengan mudah berkat perbincangan tadi.

3. Kecacatan atau kekurangan yang ada pada diri bukan beerti penamat kepada sebuah kehidupan. Hidup mesti diteruskan, anggap apa yang terjadi adalah dugaan kecil dari ALlah SWT untuk menguji keimanan kita . Jika rasa nasib kita malang , masih ramai yang lebih malang daripada kita.

4. Sekiranya hajat kita ditentang atau tidak mendapat restu ibu bapa, elakkan dari mengambil tindakan lari dari rumah. Itu bukanlah jalan penyelesaian yang baik untuk menyelesaikan masalah. Malah lebih banyak masalah lain yang akan timbul. Ingat! Tidak ada ibu bapa yang tidak sayangkan anaknya..

5.Sentiasa dapatkan nasihat daripada ibu bapa. Sesungguhnya kita sentiasa memerlukan panduan supaya tidak tergelincir ke landasan yang salah.

6. Setiap insan yang bercinta tentunya mempunyai impian untuk meneruskan kehidupan hingga ke alam rumah tangga bersama pasangannya. Oleh itu, mengenali hati budi masing-masing , sikap percaya mempercayai amatlah penting sekali. Sekiranya tiada kepercayaan , bagaimana mahu melayari bahtera rumah tangga kelak!!

7. Jangan amalkan sikap bersangka baik dengan orang yang baru dikenali. Meskipun mereka mempunyai latar belakang kehidupan yang baik, sentiasalah amalkan sikap berhati-hati. Tidak mustahil sikap terlalu percayakan seseorang akan mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.

8. Teman sejati adalah teman yang sentiasa bersama-sama kita samada dalam senang atau susah. Ketawa atau menangis. Teman yang sebegini tidak akan membiarkan kita keseorangan tatkala kita berdepan dengan pelbagai masalah dan kesusahan.

9. Jaga setiap patah perkataan yang keluar dalam mulut kita. Ketika sedang marah, kadangkala kita tidak sedar apa yang diturutkan.

10. Sesuatu tindakan hendaklah dibuat mengikut fikiran bukan perasaan. Sering terjadi perasaan sentiasa mendahului fikiran . Namun bila keadaan sudah tenang dan kebenaran terbukti , barulah penyesalan tiba, bak kata pepatah "baru terhantuk baru nak terngadah"

Renung-renungkanlah.........